Bahagian karburetor Karburetor

Gambar rajah bahagian asas karburetor

Sebuah karburetor asas terdiri daripada beberapa bahagian berikut:-

  • Takungan bahan api - menerima bahan api dari tangki minyak
  • Venturi - bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara paling rendah pada bahagian berkenaan bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz venturi adalah tetap, tetapi kerburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.
  • Jet utama - laluan keluar utama bahan api ke venturi; alirannya dikawal oleh tekanan rendah pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis injap gelungsur pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.
  • Jet melahu - saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.
  • Injap pendikit - terletak di bahagian hujung saluran udara karburetor, injap pendikit mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara-bahan api ke enjin; dengan itu injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit ataupun genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Biasanya injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.
  • Injap pencekik - terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi, injap pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada menggunakan tombol pencekik secara manual ataupun dengan menggunakan mekanisme automatik. Sesetengah karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.

Rujukan

WikiPedia: Karburetor http://v3.espacenet.com/origdoc?DB=EPODOC&IDX=GB18... http://www.fireballroberts.com/Fish_Patents.htm http://fish.jan-wulf.de http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu...